ARTIKEL SEBELUM

4/01/11

SUK: Pemuda Pakatan protes kepada KSN

Kira kira 60 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bagi membantah perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) Selangor.

NONEBantahan itu bermula dari hadapan masjid Putrajaya seawal jam 10.30 pagi. Ia diketuai ketua pemuda PKR Selangor, Khairul Anwar Zainuddin, ADUN Teratai, Jenice Lee yang juga ketua pemuda DAP Selangor dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan.

Kumpulan ini juga membawa bersama buku undang-undang tubuh kerajaan Selangor sebagai 'hadiah' untuk diserahkan kepada Sidek.

Polis yang mengawal ketat sejak awal pagi hanya membenarkan tiga orang wakil untuk masuk ke pejabat Perdana Menteri.

NONEPembantu peribadi kepada ketua setiausaha negara, Rosli Laji menerima memorandum itu bagi pihak Sidek.

Ketiga-tiga mereka beredar kira-kira 16 minit kemudian dengan disambut laungan "reformasi", "hormati kerajaan negeri" dan "tolak Khusrin" daripada penyokongnya.

Rampas kain rentang

Sebelum itu, ketika kumpulan berkenaan berarak menuju ke pejabat Perdana Menteri, pihak polis merampas kain rentang yang memangkah muka Khusrin.

NONEKekecohan berlaku seketika namun keadaan berjaya ditenangkan.

Khairul Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak sanggup diperlekehkan dalam urusan pentadbiran negeri.

Memorandum berkenaan, antara lain menggesa Sidek menghormati hak kerajaan negeri dalam isu perlantikan Khusrin.

Mereka mendakwa perlantikan Khusrin yang dibuat ketua setiausaha negara bukan sahaja membelakangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme.

NONE"Kita kecewa dengan KSN yg mendakwa kerajaan negeri tiada hak dalam isu perlantikan ini.

"Membelakangkan hak kerajaan negeri sama lah juga membelakang hak rakyat Selangor," kata Khairul Anuar.

Selain itu, perlantikan itu juga dakwanya turut mengabaikan Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang diamalkan negeri.

Ramai calon lebih layak

"Kita tolak Khusrin kerana ramai calon lain yang lebih layak.

NONE"MB sudah bertemu Tuanku semalam, dan kita mintak KSN menyatakan pendirian beliau selepas penjelasan dibuat MB semalam," gesanya.

Hasbullah dalam pada itu mahu KSN menarik balik perlantikan itu yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini.

Beliau juga menyeru mana-mana pihak tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam isu itu.

"Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej beliau.

NONE"Kita mintak beliau memberi pertimbangan sewajarnya," katanya.

Janice pula mendakwa perlantikan Khusrin adalah usaha mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sehubungan itu mereka menggesa KSN segera menyelesaikan isu tersebut.

Mereka juga mendakwa akan meneruskan bantahan selagi kemelut itu tidak deselesaikan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud