Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR,: Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai 'pengadu domba nombor satu' apabila menyokong tindakan pemimpin MCA menakutkan masyarakat Cina dengan isu negara Islam. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, sikap Timbalan Presiden Umno itu bukan sesuatu yang pelik, malah yakin itulah mainan pemimpin Umno sejak melihat sokongan bukan Islam kepada Pakatan semakin bertambah. Tambahnya, tindakan itu juga menjelaskan betapa Muhyidin yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak ada isu untuk berdepan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Dun Tenang kali ini. "Satu ketika bila berdepan masyarakat Melayu dia (Muhyidin) kata PAS nak hapus negara Islam, kononnya mahu menanam kebencian orang Islam kepada PAS. "Tapi bila berdepan pengundi bukan Islam dia kata PAS mahu tegak negara Islam kerana mahu takutkan orang bukan Islam menyokong PAS. "Beginilah orang tak ada isu, pengadu domba nombor satu," katanya. Sehubungan itu beliau mahu rakyat menilai sikap pemimpin Umno dan BN yang disifatkannya mampu mengancam keselamatan negara. Sebelum ini, isu negara Islam yang dibangkitkan oleh presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan disifatkan oleh Muhyiddin sebagai tindakan "mengingatkan masyarakat Cina". Muhyiddin juga dilaporkan berkata "ada baiknya" MCA berbuat demikian kerana sehingga kini, PAS tidak pernah menukarkan perlembagaan yang menggariskan agenda untuk menubuhkan negara Islam. Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membidasnya dengan menyifatkan ia "isu lama" dan masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengannya. Berhubung isu calon PAS, Normala Sudirman yang memakai sarung tangan sewaktu bersalam pula, Mahfuz menggesa Umno BN berhenti mempolitikkan isu tersebut dan menghormati pegangan seseorang dalam beragama. "Sama macam kita menghormati orang Hindu tak makan lembu, bukan bermakna lembu itu kotor, tetapi sebab pegangan agama," katanya. |
ARTIKEL SEBELUM
25/01/11
Muhyiddin pengadu domba nombor satu
NEWS ONLINE
-
Projek Aerotrain baharu di KLIA dijangka siap lebih awal7 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta2 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri5 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil6 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMATSeminggu yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan5 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit5 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?8 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"10 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH11 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW12 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat13 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7814 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io2 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)8 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus9 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-