ARTIKEL SEBELUM

24/01/11

Adun Pelabuhan Klang mahu cabar keputusan Speaker petang ini


Wakil rakyat Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mencabar keputusan Speaker DUN Datuk Teng Chang Kim.

Teng telah pun memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Pelabuhan Klang minggu lalu.

Bagaimanapun Badrul Hisham (gambar) menegaskan beliau masih seorang wakil rakyat yang sah.

“Ya, saya akan ke Mahkamah Tinggi kemudian, selepas tengah hari,” kata Badrul Hisham sejurus selepas memasuki bangunan DUN di sini hari ini.

Ketika ditanya mengapa beliau hadir sidang khas DUN sedangkan Teng mengisytiharkan beliau bukan lagi seorang wakil rakyat, Badrul Hisham menjawab beliau ada menerima jemputan “formal” selaku Adun.

“Saya menerima undangan, jadi saya berada di sini dengan kawan-kawan BN saya,” katanya dengan senyuman.- TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud