ARTIKEL SEBELUM

12/12/10

Taubat lah Abangku - Ummi Hafilda







Ummi Hafilda Ali, yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun yang lalu, merayu abangnya Azmin dan ketua pembangkang itu dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Bagi kami sekeluarga, Azmin tetap darah daging kami. Bagaimana buruk sekalipun dia tetap abang saya. Seperti saya katakan tadi bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan.

“Kepada Anwar dan Wan Azizah juga saya pohon perkara yang sama,” kata Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia keluaran hari ini.

Ummi Hafilda menambah, bagaimana hebatnya sekalipun seseorang, “Allah mengetahui kebenaran.”

“Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi,” kata Ummi Hafilda yang menegaskan bahawa perjuangannya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

“Malah saya akan menjadikan blog saya srikandi7.blogspot.com sebagai medan menentang mereka,” katanya.

Ummi Hafilda berkata memutuskan untuk kembali menentang Azmin dan Anwar atas alasan mereka sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu.

“Sekiranya saya bercakap lebih-lebih, ia akan libatkan maruah keluarga.

“Bak kata pepatah tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri,” kata ahli perniagaan ini.

“Tetapi atas perjuangan, saya terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu,” katanya.

Dr Wan Azizah dalam ucapan dasar presiden semasa Kongres Nasional PKR akhir bulan lalu mahu konsep “Ketuanan

Melayu” dihapuskan supaya anak Malaysia membesar dengan visi “bangsa bermaruah” atau “Melayu Bermaruah”.

Ummi Hafilda berkata dia tidak kisah jika dirinya “ditoreh”, tetapi jika hak istimewa orang Melayu disentuh dan kuasa Raja-raja Melayu dipertikaikan, “saya terpanggil untuk menyedarkan Anwar, isterinya dan abang saya Azmin supaya kembali ke pangkal jalan.”

Ummi Hafilda yang menyentuh isu ketuanan Melayu dan hubungan Anwar, Azmin dan Dr Wan Azizah berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka.

“Jika saya tidak memperbetulkan keadaan, saya akan tanggung dosa ini sampai mati,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengapa terus mahu menentang Anwar dan Azmin, Ummi Hafilda berkata, apabila disaksikan terlalu banyak hipokrasi, penyelewengan dan pembohongan serta salah laku walaupun perkara itu melibatkan keluarga, darah daging sendiri dan abangnya tetapi “saya lebih sayangkan agama saya, lebih sayangkan negara saya.”

“Apa gunanya saya ada abang tetapi tidak mempunyai maruah dan moral yang tinggi.

“Saya mahu maklumkan kepada semua rakyat Malaysia, Anwar dan Azmin mempunyai cita-cita yang cukup besar.

“Sungguh tidak percaya mereka bercadang hendak merampas tampuk pemerintahan dan menggadai hak istimewa orang Melayu,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud