ARTIKEL SEBELUM

27/11/10

PKR nafi gambar 'bukti' penyelewengan

PKR menafikan terdapat pengawas pemilihan parti itu yang terlibat dalam penyelewengan dan kecacatan dalam perjalanan pemilihannya, termasuk meminta anggotanya memilih calon tertentu.

Setiausahanya Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan gambar yang disiarkan di Malaysiakini dan The Star hari ini, anggota yang ditunjukkan sebenarnya bukanlah pengawas.

"Kedua-duanya bukan pengawas. Saya kenal mereka," katanya merujuk kepada gambar yang memaparkan seorang lelaki memakai lencana calon timbalan presiden Azmin Ali.

Malaysiakini dan The Star hari ini melaporkan terdapat beberapa gambar didedahkan berhubung dakwaan salah laku dalam pemilihan yang dikesan di Merbok, Kubang Pasu dan Bukit Katil.

Sementara itu, merujuk kepada dakwaan bahawa seorang pengawas pemilihan di Merbok yang memberi arahan memangkah calon tertentu, Saifuddin berkata perkara itu sebenarnya tidak berlaku.

Sebaliknya, ahli parlimen Machang itu berkata, pengawas berkenaan sebenarnya hanya membantu, memandangkan terdapat anggota PKR yang tidak boleh membaca dan menulis.

Katanya, perkara itu merupakan amalan biasa seperti diamalkan dalam pilihan raya umum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Lagi pun senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum, ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sahaja kita ada 20 calon," katanya merujuk kepada gambar di cabang Merbok, Kedah.

Sambil menegur media yang didakwa memberikan "konotasi negatif", Saifuddin menjelaskan setakat ini tiada sebarang aduan diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP),

"Macam mana saya hendak siasat kalau aduan dihantar kepada pihak media, kepada Regina tetapi tidak sampai ke meja JPP. Baik saya lantik (wartawan Malaysiakini) Regina jadi anggota JPP," katanya sambil berseloroh.

Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, pihaknya tidak menolak gambar sebagai bahan bukti.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud