Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 Disember depan bagi keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya hakim menarik diri daripada mendengar kes perbicaraan liwat membabitkannya itu.
Hakim Zabidin Mohd Diah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan itu bagi memberi peluang kepada dirinya menilai permohonan menarik diri setelah mendengar hujah pendakwaraya hari ini.
"Saya akan teliti semula dan beri keputusan pada 6 Disember pada hari perbicaraan disambung," katanya.
Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin juga tidak hadir hari ini selepas tidak hadir semalam kerana demam. Beliau digantikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.
Hanafiah dalam hujahnya menegaskan tiada unsur ugutan oleh hakim Zabidin seperti yang didakwa oleh peguambela utama, Karpal Singh kerana hakim hanya menterjemah undang-undang dari sudut pandangan beliau.
"Oleh kerana Yang Arif telah benarkan akses borang laporan protokol 'pro-forma' (laporan perubatan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan), ini menunjukkan Yang Arif tidak berat sebelah,” katanya.
Hanafiah berkata alasan peguambela tidak konsisten dan pihak pembelaan hanya berminat menangguhkan perbicaraan.
"Tiada siapa boleh mengatakan hakim bersikap berat sebelah. Untuk melucutkan hakim mesti ada alasan kukuh. Tuduhan mengugut tidak munasabah,” katanya.
Peguambela yang diwakili oleh Param Cumarasawmy ingin membalas hujah namun ditolak hakim selain menyuruh beliau menfailkan ke mahkamah pada hari Selasa minggu hadapan.
Karpal tidak hadir kerana berada di Mahkamah Rayuan untuk kes lain.
Anwar yang ditemui media di perkarangan mahkamah walaubagaimanapun enggan mengulas keputusan hakim.