Mahkamah Persekutuan - mahkamah paling tinggi di negara ini - hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh bekas sultan Kelantan untuk mencabar kuasa Pemangku Raja yang mengambil-alih takhta negeri.
Keputusan dibuat oleh hakim mahkamah persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel berkenaan.
Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September lalu di sebalik dakwaan ada cubaan oleh 'konspirator' untuk menggulingkan ayahanda baginda daripada takhta.
Oleh kerana Sultan Ismail Petra Yahya Petra sedang gering, Pemangku Raja Kelantan menggunakan perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan diri baginda menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda.
Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.
Baginda kemudian berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.
Kemelut istana Kelantan bermula apabila Sultan Ismail Petra diserang angin ahmar pada 14 Mei tahun lalu.
Perkembangan itu menyaksikan Tengku Muhammad Faris - anak sulung baginda daripda tiga putera - dilantik sebagai pemangku sultan.- mkini