ARTIKEL SEBELUM

8/10/10

Sivarasa Akan Dedah Dalang Tarik Akuan Sumpah


Peguam Sivarasa Rasiah berkata beliau akan mendedahkan nama-nama individu yang mendalangi tindakan Rahimi Osman menarik-balik dua akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isteri Rosmah Mansor.

Sivarasa berkata pendedahan itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sivarasa percaya ada individu yang mendalangi tindakan Rahimi meminda semula dua akuan bersumpah itu.

"Kita nampak ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini dan kita tidak akan cerita hari ini. Itu bab kedua yang kita akan beritahu dalam beberapa hari lagi,"

Sivarasa juga mencurigai tindakan Rahimi membuat sidang akhbar tempoh hari, walhal laporan polis sudah memadai untuk menggerakkan siasatan polis.

"Kenapa tiba-tiba bercakap tentang akuan bersumpah terutama ianya tidak digunakan dalam mahkamah. Beliau telah memberi kenyataan penuh kepada polis di bawah Seksyen 112. Itu persoalannya," ujar beliau.

Sivarasa menambah motif utama bukan tertumpu kepada kenyataan bersumpah tetapi usaha menjatuhkan Datuk Seri Anwar dan peguam.

"Saya rasa ada motif lain. Motif sebenar bukan akuan bersumpah, tetapi cuba mencemar imej Datuk Seri Anwar dan imej peguam," kata Sivarasa.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud