KUALA LUMPUR - PAS meletakkan keyakinan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak akan bertanding PCPAS1010KUALA LUMPUR 8 Okt - PAS meletakkan keyakinan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Galas berdasarkan faktor aliran pengundian pada pilihan raya umum Mac 2008 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada calon PAS.
Atas asas itu PAS meletakkan harapan dan kepercayaan untuk mengekalkan kerusi DUN Galas dalam PRK yang bakal berlangsung pada 4 November depan.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman berkata parti itu meletakkan pihaknya sebagai 'underdog' dalam menghadapi PRK kali ini.
"Kami anggap pihak kami sebagai 'underdog' walaupun optimis akan menang dan memepertahankan kerusi," katanya.
Bagaimanapun, beliau yang juga dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Strategi Pilihan Raya Kecil DUN Galas berkata PAS meletakkan sasaran permulaan dengan mnenurunkan 48 peratus sokongan dan 52 peratus sokongan di pihak Barisan.
"Kami akan turun di Galas dengan 48 peratus sokongan dan 52 peratus sokongan bagi BN," ujar beliau.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata peratusan itu adalah berdasarkan kedudukan semasa.
"Masa masih panjang dan ia boleh berubah," kata Mustafa.
Tambah Halim pula, “kita menang dengan 646 undi di Galas, tetapi Tengku Razaleigh kalah 371 undi kawasan yang sama.
“Mengambil kira kali ini sebagai pilihan raya kecil, kita bermula dengan 48 peratus," katanya.
Mustafa pula berkata, dalam mana-mana pilihan raya kecil yang dihadapi bukan calon dan jentera setempat semata-mata (yang perlu diambil kira), tetapi keseluruhan jentera Barisan Nasional.
“Kita jangkakan perkara-perkara macam ini, oleh itu tidak semudah itu (untuk menghadapi pilihan raya kecil),” ujar beliau.
Ku Li yang bertanding di Gua Musang berjaya mempertahankan kerusinya selama tujuh penggal, terus mempertahankan kerusinya dua tahun lalu tetapi tewas dari segi undi yang diperoleh di DUN Galas.
Dalam PRU 2008, Ku Li dicabar oleh calon PAS, Zulkefli Mohamed bagi kerusi Parlimen Gua Musang.
Di DUN Galas pula Ku Li menerima 3,826 undi manakala Zulkefli 4,143 undi.
“Maknanya dari segi ini, kalau Tengku Razaleigh jadi calon pun, dia sudah kalah di Galas, PAS sudah mengalahkan Tengku Razaleigh dengan perbezaan undi 317 undi.
“Jadi fenomena ini, kita tengok tidaklah payah sangat untuk kita tidak pertahankan kerusi ini,” katanya. galas-sk
Menurut Halim, PAS pertama kali memenangi DUN Galas, salah satu daripada tiga kerusi negeri dalam Parlimen Gua Musang pada 2008.
PRK Galas bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia 27 September lalu akibat kanser usus.
Halim berkata, pihaknya berharap dapat mengekalkan sokongan pengundi Cina.
“Sebahagian (besar) sokongan pengundi Melayu yang kita peroleh itu kita boleh kekalkan, kalau kita dapat kekalkan ini, kita rasa dapat mempertahankan kerusi Galas,” katanya lagi.
Berhubung sokongan pengundi Orang Asal, Halim berkata pihaknya meletakkan sasaran 30 peratus.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan Ku Li sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Orang Asal.
"Dun Galas selama ini kubu kuat Umno, namun dalam pilihanraya lalu, Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi."
DUN Galas mempunyai seramai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.
Pecahan peratus pengundi adalah 61.63 peratus Melayu, Cina 20.08 peratus, India 1.6 peratus, Bumiputera 0.9 peratus, Orang Asal 16.37 peratus dan lain-lain 0.23 peratus.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik sebagai berkata beliau yakin Ku Li tidak akan bertanding dalam PRK DUN Galas pada 4 November depan.
Mursyidul Am PAS itu berkata Rabu lalu, jika bekas Menteri Kewangan itu ingin menjadi ADUN, pasti beliau telah bertanding ketika Ahli Parlimen Gua Musang itu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.
Bagaimanapun, Nik Aziz berkata PAS tidak akan memberi kemenangan percuma jika Ku Li menjadi calon di Galas biar pun beliau pernah memberikan sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berhubung isu tuntutan royalti minyak.