KANGAR: Seorang ustazah berusia 35 tahun nyaris menjadi habuan kerakusan nafsu seorang bomoh selepas dikatakan dipukau lelaki terbabit sebelum dicabul ketika mendapatkan khidmat rawatan tradisional di rumah baru miliknya, di Bintong, di sini, petang semalam.
Ustazah itu bagaimanapun bernasib baik kerana tersedar ketika bomoh berusia 51 tahun itu sedang asyik meraba alat sulitnya, sebelum terus bangkit dan berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.Selepas mendapati bomoh berkenaan berlalu meninggalkan kediaman terbabit, mangsa kemudian keluar daripada tempat persembunyiannya sebelum terus ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Berdasarkan laporan itu, katanya, polis kemudian menjalankan gerakan mengesan suspek sebelum bomoh berkenaan berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian.
Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang selepas mangsa mendapatkan khidmat bomoh berkenaan yang berasal dari Kodiang, Kedah untuk memulihkan masalah kedinginan rumah tangga yang dialami.