ARTIKEL SEBELUM

17/10/10

Mayat pelajar tanpa pakaian dalam Ladang Kelapa Sawit

IPOH: Seorang pelajar perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Rubana di Teluk Intan di sini Sabtu.

Mayat Dirya Barathi A/P Murali, 16, ditemui tanpa pakaian di dalam parit kira-kira 7.30 pagi oleh orang awam.

Polis kemudiannya menjumpai pakaian seragam sekolah mangsa tidak jauh darisitu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Goh Kok Liang berkata polis mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang.

Mayat telah dihantar ke Hospital Teluk Intan. Beliau berkata motif kejadian masih belum diketahui dan tidak menolakkemungkinan mangsa telah dirogol.

Mangsa dikatakan keluar rumah di waktu pagi untuk ke Sekolah Menengah HorleyMethodist, sejauh 8 km dari rumahnya dan tidak pulang sehingga lewat petang.

Kehilangan mangsa telah dilaporkan oleh bapanya K. Murali, 43, yang bekerjasebagi ketua pengawal estet pada 9 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, kata Goh.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan polis meminta orang ramai yangmempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud