| Mohd Ali Hashim |
| GEORGETOWN, 16 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan Umno yang mendakwa kerajaan negeri telah meluluskan permohonan daripada beberapa institusi pengajian tinggi swasta yang akan dibina di Balik Pulau.
"Dakwaan Umno kononnya kerajaan negeri sudah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di Balik Pulau untuk pembinaan institusi tersebut adalah fitnah dan berniat jahat. "Mereka juga cuba memainkan sentimen perkauman dengan mendakwa pembinaan institusi tersebut bagi kaum Cina adalah tuduhan yang tidak benar. Pendidikan adalah untuk semua golongan masyarakat dan tidak hanya kepada kaum tertentu sahaja," katanya semasa sidang media di Komtar, semalam. Tambahnya, walaupun sebelum ini memang terdapat beberapa universiti luar negara menyuarakan hasrat mereka untuk membuka kampus cawangan di sini, namun sehingga ke hari ini belum ada permohonan yang diterima. Sebelum ini, Umno mendakwa kerajaan negeri telah mewartakan tanah tersebut bagi pembinaan sebuah universiti swasta yang akan melenyapkan sebuah lagi perkampungan Melayu di Balik Pulau. Mereka juga mendakwa tindakan kerajaan negeri dengan sengaja mencari tapak yang dihuni oleh masyarakat Melayu sebagai salah satu usaha untuk menyahkan mereka dari mendiami kawasan yang menjadi tumpuan majoriti masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Lim juga menafikan dakwaan Umno bahawa hanya tanah orang Melayu sahaja yang diambil untuk pembinaan institusi pengajian tinggi tersebut. "Sebenarnya dalam proses pengambilan tanah dan jumlah tawaran yang diberikan bagi tanah terbabit kerajaan negeri tidak patut dipersalahkan. Proses ini dibuat menurut undang-undang yang ada serta dilakukan oleh Kerajaan Pusat sejak tahun lalu. "Nilai pampasan bukannya ditentukan oleh pihak kerajaan negeri, sebaliknya ia ditentukan oleh Jabatan Penilaian yang merupakan salah sebuah agensi Kerajaan Pusat," ujarnya lagi. |
ARTIKEL SEBELUM
16/10/10
Lagi fitnah Umno Pulau Pinang
NEWS ONLINE
-
Miri bangkit sebagai hab hiburan serantau Borneo8 bulan yang lalu
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta3 tahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri6 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil7 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 tahun yang lalu
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar9 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan11 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMATSetahun yang lalu
-
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan6 tahun yang lalu
-
Ayat Penawar Sakit6 tahun yang lalu
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT7 tahun yang lalu
-
Jual Saham Proton : Bisnes atau Politik?9 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"11 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran12 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH12 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW13 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat14 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!15 tahun yang lalu
-
MENGENAL DIRI YANG KE 7815 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
Sukan
-
-
Announcing Nas.io3 tahun yang lalu
-
The Return Of "MakHangpa"8 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)9 tahun yang lalu
-
Arsenal bakal sambar Reus10 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!13 tahun yang lalu
-
-
Katanya, sehingga ini tiada sebarang permohonan yang telah diterima dari mana-mana institusi seperti didakwa oleh Umno baru-baru ini.