IPOH - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh dan rogol seorang pelajar berumur 16 tahun di Teluk Intan Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam tadi.
"Lelaki itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk membantu polis dalam siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Lelaki itu ditahan kawasan Ladang Rubana iaitu kawasan mayat pelajar berkenaan ditemui mati dalam keadaan bogel Sabtu lepas.
Mayat Divya Barathi Murali ditemui oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi sehari selepas keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya apabila pelajar itu tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu sekolah.
Goh berkata, laporan bedah siasat mendapati mangsa dirogol sebelum dibunuh.
Mayat pelajar tanpa pakaian dalam Ladang Kelapa Sawit
IPOH: Seorang pelajar perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Rubana di Teluk Intan di sini Sabtu.
Mayat Dirya Barathi A/P Murali, 16, ditemui tanpa pakaian di dalam parit kira-kira 7.30 pagi oleh orang awam.
Polis kemudiannya menjumpai pakaian seragam sekolah mangsa tidak jauh darisitu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Goh Kok Liang berkata polis mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang.
Mayat telah dihantar ke Hospital Teluk Intan. Beliau berkata motif kejadian masih belum diketahui dan tidak menolakkemungkinan mangsa telah dirogol.
Mangsa dikatakan keluar rumah di waktu pagi untuk ke Sekolah Menengah HorleyMethodist, sejauh 8 km dari rumahnya dan tidak pulang sehingga lewat petang.
Kehilangan mangsa telah dilaporkan oleh bapanya K. Murali, 43, yang bekerjasebagi ketua pengawal estet pada 9 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, kata Goh.
