ARTIKEL SEBELUM

9/08/10

Perkasa mahu hukum MCA di PRU-13 kerana hina Islam


SHAH ALAM, 8 Ogos — Datuk Ibrahim Ali membuat pendiriannya yang tegas — akan menyumbang kepada kekalahan MCA dalam pilihan raya umum ke-13 jika presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terus-menerus menghina Islam.

Presiden Perkasa itu membeirtahu pihaknya sedang menyenaraikan ahli-ahli politik dari semua parti yang pertubuhan bukan kerajaan Melayu itu akan menghukum pada pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini beliau pernah memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkasa telah mengenal pasti 15 orang pemimpin yang bakal kehilangan sokongan mereka.

“Kami ada strategi rahsia ketika pilihan raya umum akan datang jika MCA tidak berubah,” kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mengulas kenyataan Dr Chua baru-baru ini bahawa Umno dan PAS menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan undi orang Melayu.

Ibrahim (gambar) juga membidas Dr Chua yang mengatakan bahawa Malaysia tidak progresif kerana Islam.

“Di mana buktinya? Rasuah adalah masalah universal yang menjejaskan semua kaum,” kata Ibrahim lagi.

Ibrahim menambah, bekas menteri kesihatan itu yang meletakkan jawatan ekoran skandal video seks pada 2007 tiada asas moral untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“(Beliau) menghina Islam, menyinggung perasaan kami, siapa beliau yang merupakan aktor adegan seks untuk membuat kenyatan sedemikian,” katanya lagi.

Ibrahim menambah, Perkasa tidak akan menuntut Dr Chua agar memohon maaf ataupun menarik balik kenyataannya.

“Beliau boleh terus bercakap tetapi beliau akan berhadapan dengan kesannya dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi.

Ibrahim, yang mengakui sudah mendaftarkan ribuan sebagai ahli Perkasa memberitahu, orang Melayu adalah majoriti dan mereka tidak akan menyokong MCA.

Ibrahim mendakwa Dr Chua cuba untuk menarik sokongan pengundi Cina dengan membuat kenyataan sedemikian dan Perkasa tiada masalah dengan MCA kecuali ke atas kepimpinan parti itu sahaja.

Katanya, parti komponen kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN) itu bertindak tidak jauh berbeza berbanding DAP dalam Pakatan Rakyat yang mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Ibrahim juga mendakwa kedua-dua parti cuba mencetuskan suasana tidak harmoni dengan tidak menghormati perlembagaan.

“MCA dan DAP yang menjadi penghalang kepada integrasi nasional dengan membawa isu-isu kontroversi,” kata Ibrahim.

Pada sidang media yang sama, Ibrahim menggesa PAS agar memutuskan hubungan dengan DAP jika parti Islam itu ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud