ARTIKEL SEBELUM

9/08/10

Anwar : Martabatkan Semua Bangsa


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dapat menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata Malaysia semakin muak dengan keadaan negara yang diancam urusantadbir Umno-BN yang semakin anti-rakyat, melihat kepada skim pemotongan subsidi, rasuah dan pemborosan wang rakyat untuk projek-projek mega.

Anwar dalam ucapan di Dewan Hock Teik Soo, Merbok Kedah malam semalam berkata, pemerintah semakin fanatik dalam perkauman, hingga sanggup memujuk Pas untuk bersatu bagi melindungi empayar perompakan Umno-BN.

Beliau berkata nama bangsa Melayu sekali-lagi menjadi permainan mulut pemimpin-pemimpin BN yang tidak senang duduk dengan rekod cemerlang kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat membasmi budaya rasuah dan kronisma yang selama menampung hayat politik pemerintah.

"buat apa kita menjadi perkakas? ini perjuangan apa? melayu mana kita perjuang? melayu mana kita nak pertahan? saya dituduh anti melayu, khianat pada melayu. ya, saya tidak sokong melayu yang korup yang nak memperkayakan diri mereka. tetapi saya tidak akan kompromi membela nasib melayu yang miskin di baawah," kata Anwar.

Lebih dikesalkan adalah keengganan Umno-BN bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan agenda reformasi. Isu pasir terus disensasikan pemimpin BN ketika tangan agensi kerajaan negeri diikat dalam pada masa yang sama.

Anwar berkata media arus perdana terus-menerus diperkuda untuk menyerang Pakatan Rakyat, namun beliau yakin rakyat semakin bijak menghakimi senario politik hari ini.

Justeru, Pakatan Rakyat akan terus memperbaiki kelemahan dan menambahbaik kekuatan gagasan itu selaras dengan hasrat rakyat yang mahu kerajaan yang adil, cekap dan berintegriti.

"saya nak jamin kepada orang cina, india, melayu, dayak, iban. kami akan hormat kamu. kami akan muliakan darjat anak adam, kami tidak akan hina kaum kamu, kami tidak akan hina kaum kami, kami tidak akan kutuk bahasa dan budaya kamu. kami tetap martabatkan hak kamu sebagai warganegara ini," kata Anwar.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud