Dalam ruangan twitter ketika Choo Keong sedang menyoal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong ketika membahaskan Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat hari ini, Khairu berkata:
“Kualiti Wee Chee Keong mencela sangat teruk. Saya merasakan beliau seorang wakil rakyat substandard.”
Khairy berkongsi pandangannya itu ketika berbual menerusi twitter dengan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
“Saya merasakan beliau versi Ib Ali (Ibrahim Ali) Cina,” kata beliau.
Khairy dipercayai merujuk kepada persamaan antara Choo Keong dan Ibrahim kerana kedua-dua mereka merupakan wakil banyak parti sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.
Choo Keong merupakan wakil rakyat terbaru keluar PKR.
Ibrahim juga baru-baru ini terlibat dalam dalam pertikaman lidah dengan Khairy dan Ka Siong berhubung isiu hak keistimewaan orang Melayu khususnya biasiswa.
Khairy juga melahirkan harapan agar MCA tidak menerima Choo Keong sebagai ahlinya kelak.
Ka Siong menjawab, juga menerusi twitter, Choo Keong tidak boleh “menyertai” kembali MCA.
Ka Siong merupakan ahli MCA pada 1980-an dan mengadakan “piket di depan pejabat MCA” dan meninggalkan parti kemudian.
“Beliau kembali sertai MCA? Tidak mungkin,” kata Ka Siong.
Choo Keong juga merupakan bekas ahli DAP dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang MP atas tiket parti itu pada 1990.
Pada 1998, beliau dikeluarkan dari DAP selepas didakwa merosakkan imej parti dan kemudian menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP).
Dua tahun lalu Choo Keong menyertai PKR sebelum pilihan raya 2008 dan memenangi kerusi Wangsa Maju dengan majoriti tipis.- MI