ARTIKEL SEBELUM

1/07/10

Umno Bakal Berubah ?

Setelah isu sekelompok anak muda yang mengaku ulama masuk UMNO baru-baru ini dan meskipun timbul pelbagai isu pro dan kontra serta wujudnya dakwaan UMNO menipu golongan ulama muda yang terperangkap dengan isu kemasukan UMNO-BN itu, tetapi yang jelas sebagaimana telah disebutkan penulis sebelum ini sebagai strategi makan tuan.

Dalam masa yang sama Nakhaei dan jentera JAKIM yang kuat menyerang dan menggunakan isu ahli sunnah wal jamaah disamping serangan terhadap Wahabi dengan memalitkan Pas khususnya di Kelantan, Kedah dan Terengganu agar dapat menjauhkan golongan khalaf khususnya pendokong madrasah dan pondok agar menolak Pas dan kepimpinannya.





Tok Guru Hj Abdullah dari Pondok Genting dijadikan pengadu domba untuk menyesatkan Tok Guru Nik Aziz dan dituduh pula bersekongkol dengan Dr Asri. Hj Lah Genting berkata : UMNO pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah, UMNO-BN Islam tulin. Dan beliau melabelkan Pas sebagai Wahabi.

Bekas mufti Perlis itu meskipun mempunyai penyokongnya sendiri termasuklah sebilangan golongan yang lebih liberal dan pemikiran yang dianggap terbuka tetapi beliau tidak disenangi sebilangan besar masyarakat yang telah sekian lama pendokong mazhab fiqh as-Syafei dan pendokong tauhid al-`Asya’irah termasuklah kebanyakan mufti di Malaysia yang tidak sependapat dengan beliau.

Isu penangkapan Jais terhadap Dr asri dan penangkapan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan terhadap Fathul Bari yang kini agak menonjol setelah penyerahan borang masuk UMNO nya itu sebenarnya telah menimbulkan sikap serba salah dikalangan pendokong UMNO sendiri. Sedia kita maklum sikap Syahidan Kassim. Nampaknya bekas MB Perlis ini yang terkial-kial seorang diri.Seterusnya sini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud