ARTIKEL SEBELUM

1/07/10

Tahan Wee Ka Siong Bawah I.S.A. ?





Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akan muncul “garang” dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebelum ini memanggil Wee “biadap” dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan.

Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam pertengkaran itu dengan melabelkan Ibrahim “gedebe politik”, pertikaman lidah yang berpanjangan dengan Ibrahim mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana mempertahankan Wee.

“Perkasa mahu kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar ketika memperkenalkan edisi sulung “Suara Perkasa” kepada wartawan hari ini.

“Wee Ka Siong tidak boleh kata Mara (biasiswa) perlu dikurangkan... beliau menentang Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun hari ini.

Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Isu biasiswa mempunyai kaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera,” kata Abdul Rahman dalam artikel itu.

“Oleh itu, ia menyentuh Artikel 153 Perlembagaan Negara, yang mana Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termasuk biasiswa,” kata beliau.

Wee harus ditahan di bawah ISA kerana boleh menimbulkan perbahalahan sama seperti peristiwa 13 Mei,...sini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud