ARTIKEL SEBELUM

15/07/10

Selamat kembali Khir Toyol


SHAH ALAM, 15 Julai — Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo mengakhiri hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama setahun hari ini.

Ketua Pembangkang DUN dijadual kembali mengambil bahagian pada persidangan pagi ini.

“Saya gembira saya masih seorang anggota (Dewan) dan gembira kerana dapat hadir kembali di Dewan,” kata Khir kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Dengan berakhirnya hukuman digantung daripada menghadiri sidang DUN selamat setahun, Khir berazam untuk terus bersuara bagi memperbaiki Selangor dan pentadbiran kerajaan negeri.

Khir telah digantung tahun lalu dan dilucurkan elaunnya oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berhubung kesalahan menghina DUN.

Pada 15 Julai tahun lalu, DUN Selangor meluluskan usul menggantung Khir selama setahun dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) lain selama enam bulan dengan keistimewaan kepada mereka dilucutkan.

Jawatankuasa itu sebelum ini telah mencadangkan Khir digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaunnya dipotong selama setahun kerana kegagalannya menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).

Jawatankuasa itu juga telah mencadangkan supaya empat Adun BN iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakr (Hulu Bernam) digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaun dipotong selama enam bulan kerana didapati bersalah menghina Selcat di dada akhbar.

Ketika itu, Khir dalam ucapan perbahasannya mengenai usul itu sebelum melangkah keluar dewan berkata usul itu dibawa dan dibahaskan adalah bertujuan untuk menutup mulut pembangkang dalam Dewan.

Khir berkata walaupun Selcat dan jawatankuasa itu adalah jawatankuasa dewan tetapi kesalahan beliau tidak menghadiri pendengaran awam Selcat dan tindakan rakan-rakannya mengeluarkan kenyataan terhadap Selcat di akhbar tidak sepatutnya dianggap menghina Dewan.

Khir akan kembali ke DUN hari ini dalam persekitaran berbeza berbanding ketika setahun yang lalu.

Sidang DUN kali ini dijadual akan melantik seorang Adun BN selaku pembangkang sebagai ketua Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).-mi

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud