Mohd Ali Hashim |
JERAI, 14 Julai: “Kenapa tidak diajak Datuk Seri Anwar bersama yang ternyata mempunyai sokongan yang begitu kuat juga di kalangan rakyat,” kata Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. Baginya, pelawaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbaik dengan PAS adalah antara agenda mereka untuk memecahbelahkan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat (PR). "Ini jelas membuktikan Umno dan Barisan Nasional sudah tidak yakin dengan dasar dan perjuangan mereka. Perjuangan PAS yang berlandasakan Islam adalah menjadi alternatif kepada mereka. Rakyat juga harus melihat dari sudut kegagalan Umno dan BN mengurus tadbir negara," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat. Beliau juga melahirkan keyakinan beliau bahawa pilihan raya umum tidak begitu jauh dari jangkaan sebenar. Mengulas tindakan yang semakin rakus diambil oleh kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dalam beberapa isu yang membabitkan akhbar parti pembangkang seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket telah menunjukkan kekangan yang semakin terdesak oleh pihak kerajaan. "Dengan kekangan ini mereka merasakan maklumat tidak akan sampai kepada rakyat, tetapi itu adalah satu kesilapan yang besar mereka lakukan. Ianya bukan saja menambah kebencian rakyat terhadap sikap yang mereka ambil, tetapi juga melipatgandakan hasrat rakyat ingin mendapatkan bahan yang terlarang pada anggapan mereka,” katanya. |
Guru ditahan miliki ganja bernilai RM6,300
28 minit yang lalu