ARTIKEL SEBELUM

16/07/10

Pemotongan Subsidi Hina Rakyat

mahfuz1 Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Platform sidang Parlimen yang berlangsung selama sebulan ini tidak digunapakai oleh kerajaan untuk membincangkan isu pengurangan subsidi tetapi sebaliknya diumumkan sebaik sahaja tamat sidang lewat petang semalam.

"Tindakan kerajaan ini merupakan suatu penghinaan kepada rakyat," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Free Malaysia Today, pagi ini.

Mahfuz turut mempersoalkan tindakan kerajaan itu ekoran tiada sebarang pandangan diminta mahupun perbicangan secara khusus dibuat bersama-sama Ahli Parlimen lain sepanjang Parlimen diadakan.

"Selepas tamat sesi Parlimen kerajaan terus umum kenaikan harga barang tanpa berunding dengan rakyat. Masa bila kerajaan berunding dengan rakyat?" sindir beliau.

"Kerajaan tidak pernah berunding dengan Ahli Parlimen, tidak pernah bawa kertas kerja sedangkan masalah dihadapi adalah masalah negara….tup tup dia umum kurang subsidi.

Tidak diumum dalam Parlimen

"Ini satu tindakan yang menghina rakyat, kenapa tidak umum dalam Parlimen supaya kita boleh berdebat mengenainya, kami ahli-ahli parlimen sedia berdebat dan berunding untuk cari jalan penyelesaian," kata beliau yang sungguh kesal dengan tindakan kerajaan itu.

Menurut beliau alasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan harga barang itu tidak membebankan rakyat adalah suatu yang dangkal.

Sebaliknya menurut Mahfuz, alasan tersebut hanya digunakan menutup kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi negara dengan baik.

"Kerajaan bagi alasan setelah gagal urus negara. Kerajaan boros…mereka mahu rakyat ubah gaya hidup, suruh rakyat berjimat sedangkan kerajaan sendiri tidak ubah gaya pengurusan ekonomi.

"Mereka membazir dalam membuat tender runding yang makan belanja yang tinggi sedangkan boleh ubah guna tender terbuka. Mereka tidak sedar setiap bayaran tersebut adalah daripada duit rakyat." katanya.

Kerajaan membelakangkan rakyat

petrol20pumpTambahnya, kenaikan ini jelas memberi lebih tekanan dan kerajaan dilihat terus membelakangkan rakyat dengan keputusan ‘tidak popular’ ini.

"Pengumuman kenaikan ini meningkatkan perbelanjaan rakyat, jelas ia terus membebankan mereka. Tetapi kerajaan tidak memberi jalan bagaimana rakyat boleh mengatasi masalah kenaikan harga barang ini.

"Seperti saya kata dalam parlimen dulu nampak cantik tapi tidak ubah makan di restoran Pok Tek, rakyat yang dapat lengkuas dan bawang….ayam udang kerajaan yang dapat," katanya.

Sementara itu, kenaikan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) berkuatkuasa mulai tengah malam tadi.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON 97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan semalam.

Rasionalisasi subsidi secara berperingkat

PicAntarabungkusangulayangdirampasAPMMTawau. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.

Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru :

  • Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
  • Diesel – RM1.75 seliter.
  • Gula – RM1.90 sekilogram
  • Gas LPG – RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas :

  • Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Najib semalam berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang negara akan meningkat kepada 100 peratus bersamaan GDP pada 2019 – daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

Hutang negara sehingga ini berjumlah RM326 bilion dan meningkat pada kadar 12 peratus setahun.- FMT

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud