ARTIKEL SEBELUM

16/07/10

Kenaikan 5-1: Anwar Saran Empat Langkah Bantu Rakyat

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan empat langkah yang perlu diambil kerajaan Umno-BN untuk membantu rakyat bawahan mengharungi lonjakan kos kehidupan ekoran serangan mengejut kenaikan harga barang malam semalam.

Anwar berkata hanya dengan empat langkah ini rakyat dapat diyakinkan bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk barangan keperluan adalah berbaloi.

Bekas Menteri Kewangan ini juga meminta Perdana Menteri Najib Razak membentangkan rancangan perbelanjaan RM750 juta yang dipungut dari kenaikan harga ini.

"Saya menuntut supaya perdana menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat," kata Anwar.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," tegas Anwar lagi.

Empat langkah yang digariskan adalah:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting;

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

"Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan perdana menteri jika benar BN ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

"Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud