ARTIKEL SEBELUM

7/07/10

Pakatan Rakyat Kecam Tindakan Polis Buru Raja Petra

Tindakan polis untuk memburu individu yang melindungi blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin dikecam pimpinan Pakatan Rakyat.

Mereka sebaliknya menganggap polis dan kerajaan Umno Barisan Nasional sebagai punca Raja Petra meninggalkan negara ini berikutan kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA selain faktor campur tangan dalam institusi mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mana-mana individu yang bersekongkol dengan blogger, Raja Petra Kamaruddin akan didakwa atas alasan menyembunyikan penjenayah.

Memetik laporan Bernama, polis akan memanggil ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra yang menulis rencana menyentuh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Buat masa ini Raja Petra terpaksa bersembunyi di negara lain atas sebab beliau dijangkakan akan dikenakan tindakan ISA dan tidak akan diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya di mahkaman terbuka dan kalau begitu, beliau berhak untuk lari daripada negara kita supaya beliau tidak diambil tindakan yang langsung tidak berasan dan ideal,” katanya.

Tony Phua kesal kerana pendedahan yang dibawa Raja Petra melalui blog beliau tidak disiasat sebaliknya kerajaan Umno BN lebih berminat kepada siapa yang menanggung sara hidup Raja Petra.

“Kita rasa siapa yang berikan tekanan kepada dia, siapa yang berikan wang tanggungan kepada dia, itu bukan masalah yang tidak berkaitan langsung dengan kes yang sebenar Raja Petra berada di negara lain dan juga di Malaysia.

“Selama ini apa yang didesak oleh Raja Petr a adalah kerajaan enggan membawa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh kerajaan ke satu mahkamah terbuka untuk satu kes yang seimbang dan telus,” katanya.

Beliau menyatakan tiada siapa yang menyembunyikan Raja Petra sepertimana yang digembar-gembur media arus perdana kawalan Umno BN.

“Tiada siapa-siapa yang sembunyikan Raja Petra, terpulang kepada polislah, bagi saya tiada siapa-siapa yang sembunyikan Raja Petra, Raja Petra seorang yang berdikari dan dia tahu jaga diri beliau, kerana dia tahu undang-undang , jadi terpulang kepada tindakan yang bakal diambil dan semua tahu yang Raja Petra sedang berada di luar negara,” katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hairan kerana pendedahan Raja Petra yang berkait rapat dengan kes pembunuhan dan penyalahgunaan kuasa, terbiar begitu sahaja tetapi mengadakan pertemuan dengan blogger ini, pula menjadi suatu kesalahan.

“Saya rasa ini sangat luar biasa oleh kerana tentu bukan satu kesalahan untuk berjumpa Raja Petra khasnya apabila belum apa-apa lagi dikenakan apa-apa kesalahan dan kalau apa-apa kesalahan pun bukan kesalahan untuk berjumpa seseorang tetapi saya rasa ini adalah tindakan yang berlebihan dan tidak membantu kepercayaan orang ramai,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud