ARTIKEL SEBELUM

9/07/10

Naye !! Janda muda kena lacur

AYER KEROH - Niat asalnya mahu mencari rezeki halal selepas kematian suami untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan menyara anak tunggal.

Namun malang bagi seorang janda muda warga Vietnam apabila dia ditipu dan dijadikan pelacur di negara ini.

Disebabkan tidak tahu berbahasa Inggeris dan Melayu, janda muda itu tidak tahu di mana mahu meminta bantuan sehinggalah dia tertangkap ketika melacur.

Bui Thi Truc, 24, dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah melakukan aktiviti persundalan.

Dia juga diarahkan Majistret Muzila Mohamed Arsad dihantar pulang semula ke negara asalnya selepas menjalani hukuman penjara.

Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan itu didapati bersalah kerana mencari langganan bagi maksud persundalan pada 18 Mei lalu, kira-kira jam 9 malam, di rumah bernombor 6-13, Blok Champhor Pangsapuri Garden City, Ujong Pasir, dekat sini.

Thi Truc disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika pertuduhan dibacakan penterjemah, tertuduh mengangguk faham terhadap pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md Nor.

Dalam rayuannya, Thi Truc yang diwakili peguam memohon supaya diringankan hukuman berikutan tertuduh kematian suami setahun lalu.

Peguam, Yaakub Mat ketika membela anak guamnya turut memaklumkan mahkamah yang ibu bapa tertuduh adalah seorang petani yang berpendapatan hanya RM200 sebulan.

“Tertuduh tertekan dan rasa tertipu kerana sebelum ini dia dijanjikan untuk diterima bekerja di sebuah kelab yang tidak terbabit dengan aktiviti seksual.

“Namun sebaik tiba di sini, dia disuruh melakukan aktiviti seksual dan kerana tidak mahir bahasa Inggeris dan Melayu, dia tidak tahu untuk berkomunikasi dengan sesiapa bagi memaklumkan masalahnya," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud