ARTIKEL SEBELUM

9/06/10

Trend Anti-Islam Cuba Dikembang, Apco Disyaki Sebagai Dalang



Pas melahirkan kebimbangan atas trend anti-Islam yang ditunjukkan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN).

Exco Kelantan, Nik Mohd Amar Abdullah mengesyaki trend anti-Islam ini dipengaruhi persekongkolan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan firma rundingan antarabangsa, Apco Worldwide.

Nik Mohd Amar berkata Umno menunjukkan sikap anti-Islam secara terang-terangan seperti meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd semenjak Najib menerima khidmat nasihat dari Apco Worldwide.

Kegelinciran moral pimpinan Umno membimbangkan Pas kerana ia bermakna gagasan pemerintah sedia menghalalkan cara asalkan kesinambungan politik dikekalkan, termasuklah keengganan untuk bertindak ke atas kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Gaza.

"Apabila serangan tentera Yahudi ke atas kapal Mavi Marmara, apa kenyataan balas Najib? Apa sikap kerajaan Malaysia? Langsung tidak mengutuk serangan berkenaan, cuma dia menyambut (sukarelawan) yang balik (dibebaskan) bagi mengambil kesempatan atas isu berkenaan.

"Ini buktikan sebenarnya tidak mahu menyokong gerakan Islam, ditambah lagi dengan meluluskan lesen judi, berbeza dengan Lim Guan Eng yang langsung tidak terima judi apabila bertindak mengisytiharkan secara terbuka Pulau Pinang tidak akan mengeluarkan lesen judi bola.

"Hanya UMNO luluskan judi berkenaan seperti yang diumumkan Awang Adek Husin baru-baru ini," katanya.

Nik Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein sebelum ini yang berkata pemberian lesen judi sukan kepada syarikat milik hartawan Tan Sri Vincent Tan adalah atas dasar keprihatinan kepada isu sindiket judi haram.

Exco Kelantan ini melahirkan kekesalan diatas sikap oportunis Perdana Menteri Najib yang dikatakan mengambil kesempatan diatas sentimen anti-Zionis mutakhir
ini.

Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaan menarik kehadiran lebih 20,000 rakyat Malaysia dalam satu tunjuk perasaan di ibu negara bagi membantah
serangan rejim Tel Aviv keatas flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

Kelantangan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Sri Anwar Ibrahim mengecam kebiadapan Zionis menyebabkan beliau diisytihar musuh Israel, dan bermula semalam mantan Timbalan Perdana Menteri ini dirujuk ke Jawatankuasa Khas Parlimen oleh Barisan Nasional untuk tindakan displin.

Pemerintah juga dilaporkan akan memanggil Ketua Pengarah Eksekutif Apco Worldwide, Brad Staples ke jawatankuasa tersebut untuk memberi keterangan terhadap Anwar, selain mempertahankan kontrak Apco dan Kerajaan 1Malaysia.

"Tuhan tunjukkan secara jelas alasan kukuh kenapa kita kena tolak UMNO-BN, bayar kepada syarikat Yahudi ini, RM70 juta," katanya.

Nik Mohd Amar berkata demikian di majlis pelancaran Ekspo Perniagaan sempena Muktamar Tahunan Pas ke-56 di Kota Bharu semalam.

Empat wakil Hamas bakal hadir ke Muktamar yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan. Juga dijangka akan hadir ialah tetamu jemputan dari Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro serta beberapa tokoh Islam dari luar negara.-TVS

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud