ARTIKEL SEBELUM

16/06/10

Tarikh pilihanraya umum ke-13 akan kejutkan semua

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan “mengejutkan semua pihak”.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

“Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semangat 1Malaysia,” kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangkan tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud