
Adakah Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk atau orang melayu mudah lupa? Nak katakana Mahathir pelupa, adakah dia seorang melayu?
.jpg)
“Jadi puak tidak berkuasa, yang terpaksa terbongkok-bongkok apabila berdepan pihak lain. Bukan kita minta mereka terbongkok-bongkok depan kita, tapi apa yang kita nak adalah agihan adil. “Orang Melayu sekarang mudah terima rasuah. Hanya RM100 atau RM200, mereka sanggup gadai negara. Jika jual undi, kita sebenarnya menggadai negara dan bangsa kita,” katanya.
Kenapa semua ini diletakkan kesalahan kepada pembangkang dan Pas? Pas hanya lama memerintah di Kelantan. Adakah orang cina yang memerintah di Kelantan? Adakah ini bermakna orang melayu merosot menjadi minority di Kelantan? Adakah kerana adanya parti UMNO,PAS & Keadilan menyebabkan orang melayu menjadi minority dan hilang segala hak dan penguasaan? Sedangkan orang cina juga berpecah kepada MCA, GERAKAN, DAP, SUPP dan sebagainya. Kenapa mereka tidak jadi minority?
Siapakah yang mengajar kepada orang melayu erti rasuah ini? siapa yang memberi setiap kali pilihanraya wang? sehingga ke perhimpunan agung UMNO sendiri lahirnya para pemimpin yang rasuah? Sehingga ke hari ini Wang Ehsan digunakan sebagai ibu segala denak rasuah? Kenapa Pas yang bersalah?
Sampai bila Tun Dr Mahathir hendak mencocok hidung orang melayu. Cukuplah Dato Mendaliar dan Si Kitul mengkhianati Melaka. Dunia sudah kata pergi, kubur sudah kata mari. Insaf-insaf dan bertaubatlah. Benarlah doa Dato Fadhil Noor agar dipanjangkan usianya dan ia melihat segala kemusnahan dan kehancuran bangsa melayu ditangannya sendiri. Yang berjaya adalah kroni dan anak-anaknya! Tetapi ia masih mencari kambing untuk dihitamkan? Apa bodoh sangatkah orang Terengganu? Diperbodohkan oleh orang yang menaja wawasan 2020 yang membangkrapkan Negara pada 2019? Munasabahlah Dato Mat Said pun turut hadir.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ . أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi. mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.". Ingatlah, Sesungguhnya mereka Itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. (Surah al-Baqarah: 11-12)
ustsaifulbahri.blogspot.com