TANJONG KARANG - Seorang nenek maut akibat mulutnya ditekup perompak yang memasuki rumahnya di Parit Empat di sini, malam tadi.
Mangsa dipercayai meninggal akibat sukar bernafas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Jonet berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan luka pada tubuh mangsa.
Menurutnya, polis percaya mangsa mati akibat sesak nafas mungkin kerana mulutnya ditekup terlalu lama.
“Barangan kemas bernilai RM50,000 dan wang RM500 turut dilarikan dari rumahnya dalam kejadian kira-kira 11.30 malam,” katanya.
Zulkifli berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 56 tahun sedang menonton televisyen bersama anak perempuan dan dua cucunya apabila tiga perompak memasuki rumah mereka.
"Mangsa yang terkejut melihat kumpulan perompak bersenjatakan parang dan pisau itu, menjerit sebelum salah seorang perompak terbabit menekup mulut mangsa.
"Perompak kemudiannya mengarahkan anak mangsa yang berusia 33 tahun itu supaya menyerahkan wang tunai dan barang kemas dipakainya serta disimpan di rumah itu," katanya. - Bernama