Hanya kira-kira 600 peserta menyertai perhimpunan Melayu Bangkit di stadium tertutup Kuala Terengganu pagi ini.Perhimpunan yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu diadakan hari ini dengan tetamu khasnya adalah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah berucap dengan mengungkit sejarah politik dan kemerdekaan negara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah berucap dengan mengungkit sejarah politik dan kemerdekaan negara.
Menurut beliau, sudahlah pengundi Melayu hanya 60 peratus sahaja di negara ini, mereka pula berpecah kepada tiga kumpulan iaitu Umno, PAS dan PKR.
Beliau juga menyindir bekas timbalannya, tanpa menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan berkata "mata hitam yg mempunyai tabiat buruk, tidak boleh dibenarkan terus memimpin orang Melayu."