ARTIKEL SEBELUM

12/06/10

Najib Arah Batal Sidang Media Lesen Judi Sukan Bola Sepak?

SHAH ALAM 12 Jun - Kerajaan Umno-Barisan Nasional sememangnya tidak mempunyai keazaman politik dan hanya bermain bermain sandiwara berhubung lesen judi sukan bola sepak yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada Ascort Sports Sdn Bhd.

Pengerusi Biro Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty yang dihubungi Suara Keadilan berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom tidak ada kekuatan iltizam walaupun secara keseluruhan rakyat telah menolak usaha Umno-BN untuk menyebarluaskan gejala judi di negara ini.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuma bersandiwara kerana tekanan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang berpengaruh dan kuat sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab pula tidak ada keberanian untuk menegur Perdana Menteri apabila tunduk dengan tekanan pihak tertentu.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut menegur supaya kerajaan Umno-BN mendengar suara rakyat tapi nampaknya seperti tidak diendahkan," ujar Dr Muhammad Nur.

Katanya lagi, pemimpin Umno-BN hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat implikasi buruk yang bakal dihadapi masyarakat dengan gejala sosial tersebut.

"Tidak keterlaluan kalau dikatakan pemimpin Umno-BN sememangnya sinonim dengan aktiviti judi dan pertaruhan. Najib tidak konsisten dengan kenyataannya untuk mengkaji semula kelulusan lesen judi sukan.

Pagi tadi, sidang media yang sepatutnya diadakan oleh Jamil Khir telah dibatalkan pada saat-saat akhir dan menurut sumber pembatalan itu adalah atas arahan Perdana Menteri.

Kira-kira 40 orang petugas media yang menunggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam hampa selepas diberitahu sidang media itu dibatalkan.


tvs

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud