ARTIKEL SEBELUM

21/06/10

Mahkamah Tinggi kekal keputusan denda Tian Chua

















Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan keputusan hukuman denda RM2 ribu atau penjara dua bulan terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang didapati bersalah mencederakan anggota polis dua tahun lalu.

Ini ekoran Hakim Datuk Ghazali Cha berkata, beliau tidak boleh mengubah keputusan yang dibuat Khamis lalu dan mahkamah kini tiada had kuasa dalam kes itu.

Beliau berkata demikian ketika menemui peguam Tian Chua, Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Hanafiah Zakaria.

Amer Hamzah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih mengekalkan bahawa kelayakan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen tidak perlu digugurkan. -

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud