ARTIKEL SEBELUM

20/06/10

Kerana hina Boss Anelka kena singkir

KNYSNA, Afrika Selatan 20 Jun - Nicolas Anelka digugurkan daripada skuad Piala Dunia Perancis selepas beliau menghina jurulatih, Raymond Domenech dan enggan meminta maaf, kata Persekutuan bolaSepak Perancis (FFF) semalam.

Penyerang Chelsea itu dilaporkan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Domenech pada separuh masa ketika pasukan itu tewas 2-0 kepada Mexico Khamis lalu, dan beliau enggan meminta maaf ketika diminta berbuat demikian oleh Presiden FFF, Jean-Pierre Escalettes.

“Berdepan dengan penolakan meminta maaf secara terbuka oleh pemain, beliau (Escalettes) membuat keputusan untuk bersetuju dengan perjanjian antara jurulatih dan para pegawai yang berada di Knysna untuk menggugurkan Nicolas Anelka daripada skuad,” kata kenyataan FFF. “Dia akan meninggalkan kem pasukan Perancis petang ini (semalam).”

FFF berkata, ketua pasukan Perancis, Patrice Evra turut hadir bersama Escalettes ketika keputusan itu dibuat. - AP

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud