ARTIKEL SEBELUM

14/06/10

"adoi !! Jangan jilat ludah " tak serik gagalnya projek 16 sept



Adoi..!! hari ini teman syok bercampur was was..

syok pertama bila mendengor cerita bakal runtuhnya kerajaan Mahkamah Perak apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri parti BN dikatakan bakal mengambil tindakan nekad mengumumkan untuk melompat menyertai KEADILAN .

Konuuunya berpunca rasa tidak puas hati yang mendalam terhadap sikap pilih kasih dan diskriminasi yang di amalkan Menteri Besar 'Mahkamah', Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Bayangkan siapa yang penyokong pakatan rakyat yang mendengar berita ini tak gembira memang dia penipu besor ler..teman sampai tak lalu makan dan tak ada mood nak nonton world cup pasai syok sangat dengor berita ini..tak sabar nak tunggu berita pengumuman dari Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifli Ibrahim tengah hari semalam,

Tapi hampa tiada pengumuman dari beliau ,cuma sidang media gempak je, konun diminta nama mereka itu dirahsiakan dahulu supaya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku ke atas diri mereka jika pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat mereka untuk keluar dari BN.

Adoi ..!! sabo je le, ..kalau macam tu tak payah nak buat gimik sampai satu Malaya bergegar , ini yang membuat hati teman jadi was was dengan projek ini..
betul ke ini ada Adun nak lompat atau atau sekadar perang saraf PKR?

Mula Teman teringat balik projek 16 sept Anwar Ibrahim yang mengegar satu Malaya hingga BN kecut perut dan terpaksa melarikan MP mereka hingga ke Taiwan kerana takut runtuhnya kerajaan BN, dek kerana penagan Anwar menjaja projek 16 sept , last last habuk pun tarak projek kantoi malu pun dapat.


Takan kes seperti projek 16 sept berulang di negeri Perak ? untuk tidak pisang berbuah dua kali patut PKR merahsia sahaja tentang penghijrah katak dari sarang BN ini ,biar bila semua lengkap terus jumpa Sultan Perak dan mohon sembah serta menyatakan PakatanRakyat ada majoriti dan boleh mendirikan kerajaan kan mudah , tak perlu dihebah perkara yang belum tentu lagi kepada umum .Takut sembang tin kosong sahaja bunyi kuat tapi habuk pun tarak...

Jadi kepada Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifli Ibrahim teman berpesan ,berita tentang Adun BN nak lompat jangan dipukul canang hingga rakyat dan teman tak lalu makan dan nonton World Cup.Kalau lah benar ada yang nak melompat parti ,Teman nasihatkan sekali lagi kepada PKR gunalah strategi senyap- senyap... tup-tup jumpa Sultan dan atas perkenan tuanku terus lantik MB kerajaan baru kan mudah.Tak payah buat gimik murahan.

Tapi dalam isu ini sebenornya Teman rasa biar kan lah !! ... usah kite terima katak ini, jangan kita hipokrit dalam isu ini ,dulu kita hentam BN kerana mendiri kerajaan hasil lompat katak takan Pakatan rakyat nak ludah kata kata serta jilat ludah itu dan mendirikan kerajaan cara yang tak bermaruah seperti kundeta Zambri ?

Lebih baik kita tunggu , rasanya kurang dari 2 1/2 tahun sahaja lagi untuk ke PRU 13. Biar kita mendirikan kerajaan dari mandat rakyat secara sah. Biarkan saja Kerajaan Mahkamah ini berkuasa , lebih baik Pakatan Rakyat tumpu perhatian untuk memenangi hati rakyat dan membela nasib rakyat dahulu sebagai persiapan kita menawan bukan sahaja Perak malah Putra Jaya . Biar kita berjaya secara bertelor kata orang Perak, tak usah kita guna cara yang tak bermaruah, bila kita berprinsip maka esok dan selamanya orang akan berprasangka baik terhadap Pakatan Rakyat selama lamanya.





posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud