ARTIKEL SEBELUM

2/05/10

Tan Sri Muhyiddin Yassin Sakit




KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat kerana dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

Setiausaha Akhbar beliau Datuk Ainon Mohd berkata Muhyiddin telah berehat di hospital sejak Khamis dan dibenarkan keluar Sabtu.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata Timbalan Perdana Menteri akan kembali menjalankan tugas minggu hadapan.

-- BERNAMA

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud