PASIR MAS – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengambil langkah terbuka dengan memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kemurkaan baginda terhadap keingkaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang enggan mematuhi titah.
Menurutnya, permohonan ampun tersebut dibuat atas namanya sebagai rakyat Kelantan walaupun tidak mendapat sebarang tindak balas daripada Menteri Besar Kelantan.
Ibrahim berkata, tindakan yang dilakukan beliau itu selepas melihat tidak ada sebarang tindakan permohonan ampun yang di lakukan oleh Nik Aziz walaupun dengan jelas kenyataannya di Hulu Selangor melanggar titah baginda.
“Sebagai rakyat Kelantan, saya memohon ampun maaf kepada Sultan Selangor di atas tindakan Menteri Besar Kelantan yang mempertikaikan larangan yang dititahkan iaitu melarang masjid dijadikan gelanggang politik.
“Beliau (Nik Aziz) ada datang berkempen di Hulu Selangor sejurus selepas balik dari Makkah dan mengeluarkan kenyataan bahawa larangan berkempen dalam masjid adalah kepercayaan karut dan saya percaya ini merujuk kepada Sultan dan ini seperti mempertikaikan titah yang terlebih dahulu dikeluarkan,” katanya ketika menyampaikan 100 kereta sorong kepada penduduk di Kampung tepi Sungai Tendong di sini, semalam.