ARTIKEL SEBELUM

17/05/10

N . Gobalakrishnan nafi keluar PKR


Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan kecewa dengan penyebaran khabar angin yang mendakwa beliau akan melompat parti meninggalkan PKR setelah didapati bersalah oleh MahkamahMajistret P.Pinang kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian jan 2002.

Walau Mahkamah telah menjatuhkan hukum terhadap saya dan berhadapan risiko hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen ,saya menafikan dakwaan akan melompat parti.

Disini saya menegaskan dakwaan saya akan meninggalkan parti adalah tidak benar sama sekali dan ini adalah fitnah.Saya adalah seorang reformis dan berjuang hampir selama 10 tahun ,Saya akur dengan keputusan Mahkamah dan sekiranya ditakdir saya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,semua itu tidak menjadi masalah bagi saya.

Apa yang penting saya akan terus memperjuangkan nasib rakyat dan tidak akan meninggalkan PKR atau mengosongkan kerusi Parlimen Padang Serai semua ini hanyalah fitnah, ujar beliau.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud