ARTIKEL SEBELUM

17/05/10

Gambar gambar detik kemenagan di Sibu

Calon DAP Wong Ho Leng yang berjaya dalam percubaan kali ini untuk menguasai kerusi Parlimen Sibu berkata, “keajaiban telah membawa kita bersama.”

“Terima kasih Sibu. Terima kasih Malaysia,” kata Pengerusi DAP Sarawak ini selepas diumumkan sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru malam ini.

Wong merampas kerusi Sibu untuk Pakatan Rakyat berkata, kemenangan malam ini merupakan langkah kecil untuk menuju ke Putrajaya.

“Satu langkah kecil memenangi Sibu. Satu langkah besar untuk memenangi Putrajaya,” kata beliau.

Wong juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek.

“Penduduk Sibu telah mencipta sejarah. Kemenangan ini bukan milik saya semata-mata, tetapi kemenangan kepada rakyat Sibu,” katanya lagi.

Wong menambah, beliau juga mahu menjadikan mereka yang tidak mengundinya sebagai “kawan.”

Pakatan Rakyat menerusi DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun yang lalu.

Wong menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Beliau menerima 18,845 undi manakala Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-11 selepas 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil yang pertama bagi DAP.

Kejayaan DAP ini, yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat, dilihat signifikan bagi mereka selepas BN pula merampas kerusi Hulu Selangor daripada PKR tiga minggu lalu.

Ia juga dilihat akan memberi sokongan moral kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.














Pakatan Rakyat melalui Parti Komponennya,DAP berjaya melenyapkan keangkuhan BN pada PRK Sibu apabila DAP di istiharkan menang dengan majotiti 398 undi.

Sarawak bukan lagi talian hayat bagi BN apabila wakilnya tersungkur walaupun cuba diselamatkan dengan undi pos yang agak besar jumlahnya di Sibu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud