KAMPUNG PELUBANG- Misteri kehilangan wang daripada tabung masjid di sekitar sini yang sering berlaku, akhirnya terbongkar apabila seorang lelaki ditahan ketika sedang cuba menyelongkar tabung masjid di sini, minggu lalu.
Dalam kejadian itu, seorang ahli jemaah masjid, Mohd Hussaini Mohd Shuib, 37, berkata, dia yang berada di kedai berhampiran masjid ternampak seorang lelakimenunggang motosikal memasuki perkarangan masjid kira-kira jam 3 petang.
Pada awalnya, kata Mohd Hussaini, dia tidak mengesyaki apa-apa yang buruk melainkan beranggapan lelaki itu mungkin singgah untuk bersolat.
“Bagaimanapun, selepas lebih setengah jam, saya mula berasa curiga, lebih-lebih lagi apabila melihat dia keluar dan kemudian masuk semula dengan membawa sebatang besi.
Lebih mencurigakan kerana pintu masjid ditutup,” katanya.
Berikutan itu, Mohd Hussaini bersama beberapa rakannya menyelinap masuk ke dalam masjid itu tanpa disedari lelaki berkenaan.
“Ketika kami masuk, dia begitu asyik menyeluk tabung masjid. Tanpa berlengah, kami terus menangkapnya dari belakang,” katanya.
Ketika ditahan, wang RM133.80 ditemui pada lelaki itu.
Dia bagaimanapun mengakui, itulah kali pertama dia berbuat demikian dan mengakui tidak tahu kes pecah tabung masjid yang lain.
Lelaki yang telah beristeri dan mempunyai seorang anak berusia empat bulan itu juga berkata, dia mengalami masalah kewangan dan tidak mampu menyara keluarga menyebabkannya terdesak untuk mencuri wang masjid.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin berkata, pemuda berusia 21 tahun berasal dari Padang Sanai, Padang Terap itu mengakui kepada polis dia terlibat dalam lima kes pecah dan mencuri wang tabung masjid di sekitar daerah ini.- sinar