ARTIKEL SEBELUM

31/05/10

ADUN Kuala Nerang masuk Pas ? Ustaz Azizan awas !!




Salam untuk semua dan salam untuk Ustaz Azizan

Adakah benar Adun Kuala Nerang mahu masuk Pas ? adakah ini gimik atau memang ikhlas dari Dato' Syed Sobri Syed Hashim .

Walau cerita ini sahih atau tidak wallahualam kerana cerita ini pun teman jumpa dalam blog umno ( rujuk artikel Bawah ).mungkin ini perangkap atau mainan Umno ? adakah kita masih ingat kisah bagaimana kerajaan perak tumbang ..gara gara terlalu happy gile dengan kemasukan Adun Bota Nasarudin akhirnya Adun Bota ini umpama askar Trojan yang masuk untuk memusnakan kerajaan Hj Nizar dan akhirnya berjayanya Umno/bn mendirikan kerajaan secara tak bertelor.

Kepada Ustaz Azizan kita pun sudah mengetauhui keazaman Umno/bn untuk merampas kembali negeri Kedah ini,jadi tolong berhati-hati dengan berita ini jangan episode Adun Bota berulang kepada adun Kuala Nerang dan akhirnya kerajaan Pakatan rakyat Kedah tumbang seperti mana di Perak.


Umno mempunyai perbagai taktik dan mondus operasi untuk menghalakan cara ,mungkin mereka memcuba kaedah ini setelah gimik keluar parti dapat kita tangkis ,jadi kepada Ustaz Azizan berhati hati jangan kita dipatuk ular dalam satu lubang yang sama.cukup sejarah malang Negeri Perak dan jangan diulang lagi ke negeri Jelapang Padi...





SYED SOBRI ADUN KUALA NERANG KECEWA DENGAN SIKAP PEMIMPIN UMNO KEDAH?

Dato' Syed Sobri Syed Hashim (Foto) ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu.

Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu.


Kiri: Dato' Seri Shafie Apdal. Kanan: Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah

Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini. Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato Shafie Afdal(Foto di atas) yang juga Naib Presiden UMNO Pusat. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato Ahmad Bashah (Foto di atas) juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat.

loceng wangsa.blogspot

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud