ARTIKEL SEBELUM

23/05/10

Isu Bubar DUN Kedah Mainan Umno-BN

Gimik politik yang sedang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional seolah-olah kerajaan negeri Kedah goyah adalah satu usaha untuk memburukkan imej kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Hassan Razak, Umno-BN di Kedah seolah-olah hilang arah setelah menjadi pembangkang sejak Mac 2008 apabila kalah dalam pilihan raya umum.

"Mereka pernah berkuasa dan apabila kehilangan kuasa dalam jangkamasa yang tidak pernah mereka jangkakan maka ini menjadikan mereka seperti orang gila yang sentiasa ke sana ke mari untuk mencari sesuatu.

"Akhirnya mereka mendapat idea untuk menjadikan isu bubar DUN Kedah sebagai satu modal politik walaupun pada hakikatnya ia tidak akan berlaku.

"Seandainya dua ADUN yang telah isytihar diri sebagai wakil rakyat Bebas iaitu ADUN Lunas dan Tikam Batu menyertai BN sekalipun kita daripada Pakatan Rakyat masih mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kedah," kata beliau pada ceramah di Dewan Haji Zabidi, Kampung Pertama, Permatang Pauh Rabu lalu.

Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kulim-Bandar Baharu berkata kehilangan kuasa di Kedah adalah satu mimpi ngeri bagi BN.

"Dengan tiadanya kuasa pada tangan mereka, maka usaha bagi mendapat kembali sokongan dan perhatian rakyat kepada mereka dijalankan dengan menimbulkan isu sensasi seperti ini dan memanipulasikannya supaya menjadi satu isu besar yang dapat memberi kredit kepada mereka.

"Namun saya yakin rakyat negeri Kedah tidak akan terpengaruh dengan dakyah Umno-BN ini kerana Pakatan Rakyat yang memerintah Kedah adalah sebuah kerajaan yang mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Oleh kerana itu soal untuk membubarkan DUN Kedah tidak timbul sama sekali," tambahnya lagi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud