ARTIKEL SEBELUM

23/05/10

Amalan Kuku Besi Budaya Umno-BN

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 22 Mei - Tindakan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu memecat Timbalan Ketua Pemuda, V Mugilan membuktikan parti komponen Barisan Nasional itu masih mengamalkan kepimpinan diktator dan kuku besi.

Ini sekaligus memberi persepsi MIC masih tidak lekang dengan krisis kepimpinan yang semakin sarat menjelang persaraan Samy Vellu pada tahun depan.

Kelantangan Mugilan mendesak Samy Vellu berundur segera mengundang kemarahan tokoh politik veteran itu.

Mengulas perkara ini, bekas naib presiden MIC, Datuk SS Subramaniam berkata tindakan Samy Vellu itu menunjukkan beliau seorang yang gila kuasa dan tidak boleh dikritik.

"Ramai orang yang berharap supaya Samy meletakkan jawatan tetapi mereka tidak boleh memaksa dia keluar dan beliau juga tidak akan meletakkan jawatan sekiranya ada yang menyuruhnya berbuat demikian," katanya.

Menyifatkan Samy sebagai seorang pemimpin yang 'keras kepala', Subramaniam berkata kebanyakan pemimpin dan perwakilan MIC merupakan kroni beliau.

"Semua perwakilan dalam tangan dia, ini masalahnya kerana dia menggunakan duit. Dia mengawal semuanya. Meskipun ada satu dua orang yang berani mengkritik, tetapi mereka tidak boleh berbuat apa. Dia memang sudah 30 tahun jadi diktator, dia serupa Mahathir juga," ujar Subramaniam yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Subramaniam yang menyertai Keadilan pada 2009 berkata Samy Vellu akan menyingkirkan sesiapa sahaja yang dikira tidak sehaluan dengan beliau.

"Dia seorang yang gila kuasa dan hanya akan menaikkan siapa yang menolong dia. Tak ada peluang kepada pemimpin muda untuk bersuara, kerana itu ramai ahli pemuda MIC yang keluar dari parti," ujarnya lagi.

Mugilan, 34 menjadi pilihan Umno sebagai calon pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada 25 April lalu tetapi ditentang keras Samy Vellu yang mahu meletakkan timbalannya, Datuk G.Palanivel.

Akhirnya Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan dipilih sebagai calon kompromi.

Berikutan rasa kecewa Mugilan membuat kritikan secara terbuka dan mendesak Samy berundur dari jawatannya lebih awal.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud