ARTIKEL SEBELUM

19/04/10

Pemuda PKR gesa SPR turun billboard BN provokatif




HULU SELANGOR, Angatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran keras kepada Barisan Nasional (BN) supaya menurunkan lapan “billboard” yang berunsur provokatif dan fitnah.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, terdapat lapan “billboard” dikenal pasti berunsur provokatif dan fitnah telah dinaikkan di kawasan Parlimen Hulu Selangor setakat ini.

Dalam reaksi segera Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 jika menggunakan papan tanda atau kain rentang berbaur provokasi.

“Kita akan ambil tindakan di mana kita akan arahkan parti berkenaan menurunkannya sendiri dan sekiranya ingkar, kita sendiri akan lakukan,” kata beliau ditemui di Bilik Gerakan SPR di Pejabat Daerah Hulu Selangor selepas aduan AMK.

“Kita telah mengenal pasti lapan ‘billboard’ yang berbaur provokatif dan fitnah antaranya kita boleh lihat di tepi masjid yang bertajuk “Anwar Pengkhianat”, malah di tepinya ada lambang BN.

“Ini merupakan taktik baru yang digunakan BN, malah dalam pilihan raya sebelum ini (Bagan Pinang), mereka turut menggunakan kain rentang berunsur sebegini tetapi tidak diletakkan nama parti.

“Sekarang mereka zahirkan secara jelas. Sebab itu, hari ini saya datang ke berjumpa SPR dan memberikan penerangan tentang perkara ini,” kata beliau selepas berjumpa dengan SPR.

Beliau berkata, sekiranya papan tanda sebegitu boleh digunakan, maka AMK akan menaikkan papan tanda yang berunsur provokatif dan fitnah.

“Kita juga mempunyai banyak koleksi papan tanda sebegitu, tetapi kita tidak buat kerana tahu ia salah.

“Sebab itu, kita mengikut landasan betul denga berjumpa SPR untuk membuat laporan,” katanya.

Shamsul berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan SPR yang menyatakan papan tanda yang berbaur provokasi sememangnya tidak dibenarkan didirikan semasa berkempen.

“Saya percaya dengan janji SPR yang akan menurunkan sendiri papan tanda itu dan sekiranya mereka memerlukan bantuan dari kita, silakan tetapi dengan syarat ia mesti diturunkan hari ini,” katanya.- MI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud