ARTIKEL SEBELUM

25/04/10

Pakatan Menang Agreget 7 - 3 - terkini


Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat pengiraan undi, dengan ditemani oleh isterinya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar.

Difahamkan, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.-



Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.

Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan25 kerusi.

MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008.

BN memperolehi majoriti terkumpul 6,000 bagi tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor, yang dimenanginya pada 2008. Bagaimanapun ia kalah kerusi parlimen kepada PKR dengan majoriti 198 undi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud