ARTIKEL SEBELUM

24/04/10

Fhoto Tazkirah Tok Guru di Masjid Ar-Rahman, Felda Sg. Buaya.


Tok Guru solat sunat selepas Zohor secara berjemaah di Masjid Ar-Rahman, Felda Sg. Buaya.

Walaupun BN dan seluruh jenteranya (termasuk JAIS) berusaha untuk menghalang TG Nik Aziz masuk ke masjid-masjid di Selangor. Namun sebentar tadi TG Nik Aziz berjaya solat zohor di Masijd Arrahman, Felda Sg. Buaya.

Malahan TG Nik Aziz berjaya menyampaikan tazkirah Zohor kepada jemaah di situ. Walaupun pada asalnya ada segelintir penduduk Sg Buaya yang tidak senang dengan kehadiran TG Nik Aziz pada awalnya dan hanya duduk di luar masjid. Namun selepas mendengar tazkirah Zohor daripada TG Nik Aziz yang ikhlas (tidak langsung menyentuh hal politik), akhirnya mereka sendiri memohon kepada petugas PAS yang ada di situ untuk bersalaman dengan TG Nik Aziz.

Begitulah hebatnya tazkirah dari seorang ulama bernama Tok Guru Nik Aziz.
Semoga penduduk Felda Sg Buaya dapat memberi undi kepada PR dan tidak terhutang budi dengan duit pampasan tanah RM 1000 tunai dan RM 49,000 dalam bentuk bank draf.






Antara jemaah yang kusyuk mendengar tazkirah Tok Guru Nik Aziz.



Masyarakat Felda Sg Buaya berebut-rebut untuk bersalaman dengan Tok Guru.


sumber ehsan

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud