Sambil menyifatkan jumlah itu “agak ramai”, Wan Ahmad berkata pihaknya tiada maklumat tentang parti politik pihak yang mengambil borang-borang ini mewakili.“Biasanya kami tidak akan tanya parti politik yang mereka wakili kecuali minta berikan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
“Ada jua yang mengambil borang bagi pihak parti dan ada kemungkinan ada pihak yang mengambil lebih daripada satu borang sebagai langkah berjaga-jaga (jika berlaku kesilapan),” katanya.Tinggal hanya satu minggu sebelum hari penamaan calon.Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung 17 April ini manakala hari pengundian dijadual 25 April.Setiap borang penamaan calon berharga RM20.
Setakat ini dua orang telah menyatakan pendirian akan bertanding sebagai calon Bebas selain pesaing tradisi Barisan Nasional dan komponen Pakatan Rakyat akan menurunkan calon masing-masing.Rekod PRK ialah 15 calon telah merebut kerusi di DUN Bukit Selambau April 2009 — paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil.kemungkinan berulang di Hulu Selangor?.- mi

