ARTIKEL SEBELUM

26/04/10

Jadikan Hulu Selangor Seperti Ijok

jangan sedih bang oi..mike sedih teman lagi sedih kita kalah..mua ha ha ha ...



Sekalung tahniah kepada En Kamal calon restu Umno dan orang melayu Hulu Selangor kerana berjaya menawan kembali Hulu Selangor....Dan kepada calon Pakatan Zaid Ibrahim terimalah hakikat kekalah ini dengan redho..insyallah kita cuba dilain kali.

Kita berharap Kamalanathan akan terima nasib seperti Parthiban..pegang kerusi tak sampai satu penggal (menang PRK Ijok )..kemudian tewas kepada calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim pada PRU 12 yang lalu . Kita harap Pru13 nanti kita tawan kembali Hulu Selangor seperti mana kita buat di Parlimen Ijok tewas dan rampas kembali.

Sebenar Dato Zaid tak kalah...kawasan ini memang kubu kuat BN sejak turun temurun,dan BN menang cuma 1725 undi..Kalau tolak undi pos rasanya tak tak sampai 1k majoriti..PR kuat sebenarnya kalau tengok statistik ini..BN all out seluruh jentera...

Bn guna segala kekuatan samada halal atau haram dengan berjuta juta duit rakyat dilaburkan dalam kempen memenangkan mereka di Hulu Selangor .Dan mereka mengunakan taktik paling kotor dengan menyerang peribadi calon kita dari segenap penjuru terutama media gila mereka.

Walaupun menang BN tetap kalah kerana sasaran awal BN mahukan majoriti 6000 tak kesampaian , mereka cuma berjaya mendapat 1725 majoriti jauh dari target mereka. Statitik menampakan Undi Melayu luar bandar banyak memberi sumbangan kepada BN. Manakala undi Cina masih tetap bersama Pakatan Rakyat dan yang nampakketara undi kaum India mula beralih arah kepada BN semula.

Isu-isu yang dimainkan media arus perdana sangat mempengaruhi masyarakat kebanyakan khususnya di Felda. Dakyah media yang memfitnah dan memburuk Pakatan telah berjaya mempengaruhi mereka dengan sogokan wang dan projek segera yang berjaya mengelapkan mata dan minda melayu Hulu Selangor.

Kepada En Kamal yang menang semalam sila tunaikan janji anda ,jangan hanya pandai menabur janji serta jangan lupa diri. Ingat Sejarah Partiban menang di PRK Ijok tetapi tewas pula ditangan MB Selangor sekarang pada Pru 12 yang lalu.Mungkin nasib anda akan jadi seperti Partiban.

Kepada PKR Syabas diucapkan , kita bukan kalah dan sebenarnya kita masih menang dan relevan lagi disisi rakyat , cuma nasib dan ketentuan Allah sahaja yang menyebabkan kita tewas.

Pertingkatkan lagi usaha kita berkhidmat kepada pengundi Hulu Selangor walaupun semalam mereka menolak dan membenci kita , mungkin esok lusa atau pada Pru 13 mereka akan kembali menyokong kita, kembali mengundi calon kita.

Guna peluang kita sebagai pemerentah Selangor sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat ,jangan diabaikan kebajikan rakyat Selangor dan teruskan berkidmat sebagai kerajaan yang adil dan telus walaupun mereka semalam tak mengundi calon kita mungkin esok mereka akan kembali menyokong kita. wallahualam

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud