IPOH: Sebuah stesen televisyen China, China Guangxi Television akan menghasilkan siri dokumentari 10 episod mengenai keunikan yang terdapat di Perak bagi siaran di negara tersebut.
Antara topik yang akan ditonjolkan ialah pusat pemuliharaan orang utan di Pusat Peranginan Laketown Bukit Merah, kehidupan masyarakat pelbagai kaum, makanan dan minuman seperti teh tarik, kopi putih dan kuetiau.
Ahli exco kerajaan negeri, Dr Mah Hang Soon, berkata krew stesen tersebut akan berada selama 10 hari di sini untuk membuat penggambaran.
"Sesetengah perkara yang remeh bagi kita, rupanya unik di mata mereka," kata Dr Mah selepas menerima kunjungan pengarah stesen itu, Din Jinping hari ini. - Bernama