ARTIKEL SEBELUM

9/03/10

Anwar : Kezaliman Polis Tidak Patahkan Semangat Perjuangan PR



Pakatan Rakyat tidak akan tunduk kepada tekanan polis dalam membebaskan negara daripada rasuah dan penyelewengan kuasa oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan polis bertindak di bawah telunjuk Umno tidak akan mematahkan semangat perjuangan gagasan itu.

Anwar berkata demikian setelah polis merempuh satu lagi majlis pakatan rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Detik-detik hitam satu lagi episod polis menggunakan kekerasan pada majlis anjuran parti pembangkang.

Penyokong Pakatan Rakyat dipukul dan dipijak dan ada yang mengalami kecederaan serta ditahan.

Peristiwa ini berlaku di Kelab sultan Sulaiman Kuala Lumpur malam semalam.

Majlis tersebut adalah untuk menandakan tahun kedua pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Insiden hitam ini membuktikan sekali lagi politik Umno tidak berubah apabilaparti pembangkang terus dilihat sebagai musuh yang harus ditekan dalam apa cara sekali pun.

Namun bagi Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim insiden seperti inilah yang mengukuhkan tekad Parti Keadilan rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan rakyat untuk meneruskan perjuangan.

"Kalau ibarat kita dalam perahu, orang serang kita, pukul kita, aibkan kita, satu dua orang bekas penyokong lompat parti. maknanya patah dayung saya ingin beritahu kepada saudara, kalau patah dayung dengan jariku dayung jua. Namun mengalah tidak sekali" katanya kepada hadirin.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu mengajak semua lapisan rakyat supaya meneruskan perjuangan dan tidak mudah tidak patah semangat biarpun segelintir pemimpin bermasalah dalam parti, belot dan lari dari landasan perjuangan.

"Dulu dengar Anwar akan dapat pegang Putrajaya, bertahan-tahan. Bila terlambat ke Putrajaya mereka patah balik. Pejuang apa ini? Dulu bukan main, pernah denar bila kita kata mahu ke putrajaya, ada yang belot. Tidak ada tapi bila rasa lambat lagi, datang sejuta, datang dua juta, dup dap dup dap" katanya lagi.

Beliau juga menyelar gelagat segelinti r Ahli Parlimen bermasalah yang tidak mengambil kira pengorbanan rakyat sebelum membuat sebarang kepurtusan yang hanya mementingkan diri sendiri.

"Masukkan dalam kepala otak orang2 termasuk Ahli parlimen PKR dulu. Masuk dalam otak orang yang sokong kamu perah tenaga, peluh keringat dan wang ringgit untuk menangkan kamu, sebaliknya kamu kira pertimbangan lain. runding diam-dia dengan Rosmah dan Najib".

tvs


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud