ARTIKEL SEBELUM

4/03/10

Nasib Tian Chua MP Batu ditentukan hari ini..



Keputusan rayuan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berhubung kes gigit tangan polis akan diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Rayuan yang sepatutnya diputuskan pada 29 Januari lepas ditangguhkan berikutan laporan penghakiman kes tersebut belum disiapkan oleh Mahkamah Seksyen.

Tian Chua didapati bersalah pada 22 Oktober 2009 oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis dua tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan.

Tian Chua atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, didakwa kononnya mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar ketika beliau sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan di Parlimen pada 11 Disember 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud