ARTIKEL SEBELUM

4/03/10

Fulamak !! tempoh 7 hari amaran kepada Mp Bagan Serai ?



Ahli parlimen PKR, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari supaya mengosongkan kerusi Bagan Serai ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.
“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak.

Ahmad Awang berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.lagi sini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud